Sunday, January 27, 2019

PEMIKIR ATAU PENGIKUT

Guru penting dalam menuntut ilmu. Namun, semasa menuntut ilmu, menjadi seorang pemikir bukannya seorang pengikut, itu adalah lebih penting. Hal ini kerana, jika menjadi pengikut, tanpa menjadi pemikir, ilmu akan jumud. Mengapa, kerana ilmu itu berkembang mengikut antara lain perubahan masa, berlainan tempat, dan perubahan teknologi.

Justeru, berlainan pendapat, perbezaan pandangan, pasti akan berlaku.

Bagaimanakah untuk menangani maslah ini?

Tiada jalan mudah, yang pasti, setiap orang berilmu mesti sentiasa peka dan faham, bahawa ilmu yang kita miliki ini teralalu amat sedikit, dibandingkan ilmu yang ada. Oleh itu, kita akan terasa terlalu kerdil, kerana banyak yang kita tidak tahu.

Yang paling bahaya apabila seseorang berilmu, terlalu perasan beliau ada banyak ilmu. Atau terasa beliau terlalu pandai. Malah inilah penyakit yang paling bahaya kepada mereka berasa berilmu.

Paling bahaya merasa merasakan terlalu banyak ilmu, walhal oleh kerana kurangya ilmu yang dimiliki, maka itu sebabnya beliau terasa beliau seorang yang berilmu. 

Wallahu a'lam

No comments: