Sunday, January 03, 2016

Sasaran 2015

Al-Hamdulillah, tiga orang pelajar Ph.D di bawah penyeliaan saya akhirnya berjaya menyerahkan tesis Ph.D mereka untuk diperiksa pada Disember 2015.

Mereka berusaha menyelesaikan pada tahun 2015, dan mereka berazam untuk menyerahnya sebelum 31 Disember. Tahniah, mereka berjaya mencapai azam atau cita-cita masing-masing. Al-Hamdulillah.

Yang pertama siap ialah Madiha Riaz. Beliau berasal dari Pakistan. Tajuk tesis beliau ialah Social Performance Management in Sustainable Microfinance Isntitutions: A Case of Pakistan.

Yang kedua ialah Irfan. Beliau berasal dari Medan, Indonesia. Tajuk tesis beliau ialah Perakaunan Zakat Perusahaan di Kota Medan, Indonesia.

Yang ketiga ialah Mohd Rizal Abu Bakar. Belaiu berasal dari Kelantan, Malaysia. Tajuk tesis beliau ialah Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kalangan Usahawan Padi di Kawasan Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun perjalanan mereka agak lama, kecuali Madiha, kedua mereka iaitu Ifran dan Mohd. Rizal berjaya jua menyiapkan tesis masing-masing. Didoakan semoga mereka dapat bergraduan tahun ini, 2016.

Bagimana pula dengan Ku Nor Ashikin. Beliau sebenarnya boleh menyerahkan tesis Ph.D beliau pada tahun 2015. Mungkin beliau sedang membuat penambahbaikan.

No comments: