Wednesday, January 13, 2016

KAJIAN TENTANG ZAKAT

Perkataan zakat dengan solat diletakkan secara bergandingan di dalam al-Quran. Ia tidak sama dengan rukun Islam lain. Apatah lagi dengan ilmu-ilmu yang kita belajar pada masa ini seperti ilmu ekonomi, kewangan, pengurusan dan pembangunan.

Persoalannya, apakah Allah saja-saja sebut begitu? Seterusnya, mengapakah Allah meletakkan kedua-dua perkataan itu secara bergandingan?

Jawapan secara pasti mustahil ditemui, maka oleh Allah sahaja yang mengetahuinya. Jawapan yang boleh difikirkan oleh akal manusia adalah pelbagai.

Bagi para penyelidik zakat, jawapannya ialah, untuk mempamerkan betapa pentingnya kefarduan zakat itu. Malah ia amat penting sehingga ia diletakkan secara bergandingan dengan solat. Ia mesti dipatuhi sama dengan mematuhi mendirikan solat.

Namun, jika diperhatikan, kajian tentang zakat ini amat kurang. Baik kajian tentangan aset atau harta wajib zakat mahupun kajian tentang agihan zakat. Ini kerana aset atau harta atau kekayaan ini terus berkembang. Dengan kata lain, definisi kekayaan wajib zakat turut berkembang dan berubah. Begitu juga kaedah agihan zakat mestilah sesuai dengan peredaran zaman, namun ia mestilah selari dengan lapan asnaf yang ditetapkan oleh al-Quran.

Oleh yang demikian, adalah tidak tepat jika dikatakan kajian tentang zakat ini telah tepu. Wallahu a'lam.   

No comments: