Wednesday, November 25, 2015

Buku Fiqh Zakat

Pada 25 - 27 November 2015 diadakan Fiqh Zakat International Conference (FZIC) 2015 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Antara penganjurnya ialah Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, World Zakat Forum, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance, dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Yang paling menarik ialah dalam masa yang begitu singkat, pihak penganjur telah berjaya menerbitkan kertas yang dibentangkan di FZIC 2015 dalam buku berjudul Fiqh Zakat Addressing Fiqh Zakat Issues in The Contemporary World.

Tahniah kepada kedua-dua editor iaitu Prof Madya Dr Abd Halim Mohd Noor dan Dr Mohamed Saladin Abdul Rasool.

Saya cukup teruja berjumpa penyelidik, pengamal dan peminat dalam hal-ehwal zakat baik dari Malaysia mahupun negara lain.

Dan yang paling seronok ialah dapat berjumpa dua orang bakal calon Ph.D, suami isteri yang telah lama bercita-cita untuk membuat penyelidikan dalam bidang zakat, Al-Hamdulillah.





No comments: