Tuesday, August 11, 2015

PERAKAUNAN ZAKAT KORPORAT - IJTIHAD?



Zakat korporat dikenakan ke atas modal kerja, manakala cukai korporat digunakan ke atas penyata pendapatan. Oleh kerana kedua-duanya menggunakan data dari sumber yang berbeza, adakah ia memberi kesan kepada perbelanjaan yang dibenarkan berikutan dengan bayaran zakat korporat?

Pastinya ia memberi kesan. Hal ini kerana data yang digunakan daripada sumber yang berbeza.

Persoalannya, apakah zakat korporat boleh dikenakan ke atas keuntungan? Jawapannya ialah, bergantung kepada keputusan fatwa daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Main yang berhak memutuskannya.

Yang pasti ialah, perakaunan zakat korporat itu sendiri dibentuk berdasarkan ijtihad. 

Persoalannya seterusnya, apakah berlaku perubahan dalam kaedah perakaunan zakat korporat di Malaysia sebelum ini? 

Berdasarkan analisis kandungan terhadap data primer dan sekunder, dapatan mempamerkan perakaunan zakat korporat di Malaysia mengalami tiga fasa perubahan. 

Pertama, perakaunan zakat korporat sebelum tahun 1990; kedua, bagi tempoh 1991 - 2000; dan ketiga, perakaunan zakat korporat selepas tahun 2001. 

Sebelum tahun 1990, perakaunan zakat korporat dikenakan ke atas modal berkembang, iaitu modal dicampur dengan keuntungan. 

Bagi tempoh 1991 - 2000, perakaunan zakat korporat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, zakat korporat hanya dikenakan ke atas aset semasa. Kedua, zakat korporat dikenakan ke atas aset semasa dicampurkan dengan keuntungan daripada pelaburan. Ketiga, zakat dikenakan ke atas keuntungan korporat dicampurkan dengan modal kerja. 

Selepas tahun 2001, perakaunan zakat korporat dapat dibahagikan kepada dua kaedah. Pertama, kaedah modal berkembang. Kedua, kaedah modal kerja. 

Maka adalah dijangka pada masa depan, perakaunan zakat korporat berasaskan pendapatan akan diamalkan sebagai satu kaedah alternatif.

No comments: