Sunday, August 09, 2015

MIKRO KREDIT DAN DANA ZAKAT




Al-Hamdulillah, Nurul Ilyana Muhd Adnan telahpun menyerahkan tesis Ph.D yang telah dibaiki ke Pusat Pengajian Siswazah (IPS), USM pada Khamis, 6 Ogos 2015. Maka tamatlah sudah pengajian Ph.D beliau. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Dr Nurul Ilyana. Sebenarnya perjuangan beliau baru bermula.  

Tajuk kajian beliau ialah Mikro Kredit Daripada Dana Zakat di Baitul Aceh dan Potensi Pelaksanaannya di Institusi Zakat di Malaysia

dapatan kajian beliau dapat dirumuskan bahawa, pembiayaan untuk mikro kredit kepada usahawan asnaf boleh bersumberkan dana zakat. Dengan kata lain, wang zakat boleh diagihkan dalam bentuk mikro kredit.

Ia telah diamalkan di Baitul Aceh. Fatwa di sana memutuskan ia adalah diharuskan. 

Sementara itu, cendekiawan di Malaysia turut berpendapat, pengagihan dana zakat melalui mikro kredit adalah diharuskan. Malah ia berpotensi untuk dilaksanakan. Persoalannya, mengapakah dan bagaimanakah ia perlu dan dapat direalisasikan di Malaysia?

Beliau perlu meneruskannya. Jika tidak, dapatan kajian itu akan berada di rak buku sahaja. Masa akan menentukan sebanyak mana habuk yang dapat dipungutnya.

Sekali lagi, sebagai Penyelia Utama, saya ucapkan tahniah. 

No comments: