Sunday, May 24, 2015

Falsafah dan Kefardhuan Zakat



Menurut Ridwan Nurdin, mantan Ketua Bidang Pengagihan Baitul Mal Aceh, mengagihkan dana zakat secara pembiayaan kredit dibolehkan kerana tiada dalil yang melarangnya.[1] Beliau mengulas seperti berikut:
 
“... zakat untuk orang miskin, tak kisah mahu diberi secara tamlik atau bukan, asasnya adalah zakat dapat membantu dan mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Zakat diupayakan untuk merubah watak dan keupayaan mereka dalam menjana kehidupan ini.”

Dapat difahami bahawa falsafah zakat adalah untuk membantu dan mengubah masyarakat miskin agar kehidupan mereka menjadi lebih baik. Oleh itu, setiap penerima zakat yang telah menerima zakat produktif akan berusaha untuk berdikari sehingga mereka tidak lagi bergantung kepada zakat. Apabila mereka mampu berdikari, maka mereka bebas daripada kemiskinan. Ridwan Nurdin turut menjelaskan selanjutnya seperti berikut:

Asas keadilan merupakan asas utama bagi kepentingan zakat dibahagi secara pembiayaan kredit kerana memenuhi hak miskin untuk hidup lebih layak dengan kesempatan mendapat hak berusaha dengan modal atau skim yang patut.”

Asas Ridwan Nurdin ini selari dengan pendapat ulama kontemporari yang melihat kepada Maqasid kefarduan zakat itu sendiri, bersesuaian dengan apa yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauzi (1975), iaitu berubah dan berbezanya fatwa sesuai dengan perubahan tempat, masa, keadaan masyarakat, niat dan adat kebiasaan.


[1] Temu bual dengan Dr. Ridwan Nurdin mantan Ketua Bidang Pengagihan, dan Timbalan Dekan, Fakulti Syariah dan Hukum, Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry pada 18 Jun 2011 di Banda Aceh .

No comments: