Sunday, February 22, 2015

PERANAN NIAT DALAM PEGANGAN SAHAM



Panduan untuk perakaunan zakat di Malaysia boleh diperoleh sama ada daripada manual, fatwa dan amalan muzakki sendiri. Perakaunan zakat terhadap saham adalah antara kekayaan wajib zakat yang kurang dibincangkan. Ia penting kepada kalangan pelabur dan peniaga saham di Bursa Malaysia. 

Menurut Manual Pengurusan Pengiraan Zakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), saham dipegang untuk dua maksud iaitu pertama untuk maksud pelaburan; dan kedua untuk maksud perniagaan. 

Persoalannya, terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh negeri di Malaysia yang menyebut saham dipegang semata-mata untuk maksud perniagaan. Bagaimanakah pula saham yang dipegang untuk maksud pelaburan? Apakah perakaunan zakat untuk kedua-dua saham tersebut sama? 

Isu ini dapat dibincangkan dengan lebih teratur jika kita menyorot dan menganalisis mengikut langkah berikut. 

Pertama menyorot  tulisan-tulisan lepas tentang perakaunan zakat saham sebagai latar belakang perbincangan. 

Kedua menerangkan perakaunan zakat saham yang sedang diamalkan oleh negeri-negeri di Malaysia. 

Ketiga menganalisis perakaunan zakat saham yang sepatutnya diamalkan dengan mengambilkira tulisan lepas dan amalan pada masa kini. 

Yang pasti, maksud pemegangan saham adalah amat penting dalam menentukan kaedah perakuanan zakat saham. Dengan itu, penilaian semula perakaunan zakat saham mungkin diperlukan kerana sebenaenya maksud dan niat pemegangan zakat itu sendiri merupakan faktor penting dalam menentukan perakaunan zakat saham.




No comments: