Wednesday, November 19, 2014

SI TOU TIMOU TUMOU TOU

Si tou timou tumou tou - Dr Deicy Natalia Karamoy dari Universitas Sam Ratulangi, Manado, Indonesia memetik kata-kata dari Dr G. S. J. Sam Ratulangi yang bermaksud "manusia lahir untuk memanusiakan manusia yang hidup" dalam mukadimah tesis Ph.D beliau.

Dr. Deisy Natalia Karamoy mengkaji tentang pengelolaan dana masjid di Manado, Indonesia. Tajuk tesis beliau ialah Pengelolaan Dana Masjid di Manado Menurut Undang-Undang Indonesia.

Saya telah dilantik sebagai penyelia beliau pada 1 Januari 2010. Al-Hamdulillah genap 4 tahun 5 bulan iaitu pada 28 Mei 2014 beliau telah menyerahkan tesis beliau untuk diperiksa. Pada 26 September 2014, viva atau pemeriksaan lisan dibuat.

Pemeriksa Luar beliau ialah Prof. Abdullah @Alwi Hj. Hassan dari Asiae University, manakala Pemeriksa Dalam ialah Dr Mohamad Zaini Abu Bakar dan Dr Zakaria Bahari.

Semua pemerika memberi kelulusan skala 2. Al-Hamdulillah, selepas viva, Jawatankuasa Pemeriksa Tesis bersetuju untuk menaikkan kelulusan kepada skala 1.

Yang menariknya, beliau seorang non-Muslim mengkaji tentang dana masjid. Antara dapatan kajian beliau ialah, secara umumnya pengelolaan dana masjid di Manado masih dilakukan secara tradisonal, khususnya tentang perekodan dana. Ia dibuat secara mudah dan tidak melibat sebarang kemudahan ICT. Pengutipan dan penggunan dana itu pula dipamerkan di papan kenyataan masjid.

Namun, dapatan kajian selanjutnya mempamerkan tiada penyelewengan dalam pengelolaan dana tersebut. Al-Hamdulillah.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Deicy Natalia Karamoy. Pagi ini beliau dan keluarga berangkat pulang ke Manoda, Indonesia. Didoakan selamat sampai ke Manado. Dan selamat balik bertugas di Universitas Sam Ratulangi.

No comments: