Wednesday, November 19, 2014

KETABAHAN YANG LUAR BIASA

Dr. Mulia Saputra - dosen dari Universitas Syiah Kuala, Aceh Darusslam. Seorang yang luar biasa tabahnya. 

Saya difahamkan beliau berada di USM lebih kurang sembilan tahun. Tujuannya hanya satu - ijazah Ph.D mesti diperoleh walaupun terpaksa menghadapi apa jua halangan. 

Walaupun perjalanan Dr Mulia Saputra panjang, saya hanya berpeluang bersama beliau sekitar 3 tahun 3 bulan sahaja. 

Jika tidak silap saya, saya mula menjadi penyelia beliau Januari 2011 dan pada Mac 2014, beliau telahpun menyerahkan tesis Ph.D beliau untuk diperiksa.

Oleh kerana perjalanan Dr. Mulia Saputra amat berliku dalam menyiapkan kajian Ph.D beliau, saya telah beberapa kali mengirim surat kepada Dekan, Fakultas Ekonomi, Universitas Syiah Kuala memaklumkan bahawa, Insha Allah bapak Mulia akan dapat menyiapkan tesis beliau dalam tempoh yang dibenarkan.

Al-Hamdulillah beliau tidaklah lama bersama saya. Walaupun berliku perjalanan tersebut, Al-Hamdulillah, beliau telah lulus dalam pemeriksaan lisan pada 11 Ogos 2014.

Akhir kata, saya amat bersyukur kerana empat orang pelajar Ph.D yang saya seliai telah lulus pada tahun 2014. Mereka dimulai dengan Dr. Wan Anisah, Dr. Syed Salman, Dr. Mulia dan Dr. Deicy.

Sdri Ilyana, tunggulah dengan penuh sabar untuk viva pada tahun 2015. Beliau baru serahkan tesis Ph.D untuk pemeriksaan pada awal November 2014. Sdri Ku Norashikin, sdr Mohd. Rizal dan sdr Mohd. Zulhafiz, jika sudah siap draf tesis masing-masing, hantar segera jika mahu konvo tahun depan. Jangan tunggu lama-lama.

No comments: