Saturday, March 29, 2014

Tahniah Dr. Wan Anisah

Al-Hamdulillah, Wan Anisah Endut telahpun menyerahkan tesis Ph.D yang telah siap ke IPS, USM. Justeru, kawan-kawan bolehlah berbahasa apabila bercakap dengan beliau dengan menyebut Dr. Wan Anisah. Itu bukanlah mesti. Hanya cara kita berbahasa dengan seseorang.Tahniah.

Beliau membuat kajian tentang perakaunan zakat saham. Secara khusus, tajuk tesis beliau adalah Perakaunan Zakat Saham di Malaysia: Asas dan Metod Amalan.

Kita semua amat berharap, apabila balik bertugas sebagai pensyarah di UniSZA kelak, teruskan kajian tentang zakat saham itu.

Jika perakaunan zakat saham dapat diamalkan secara uniformity di semua negeri di Malaysia, maka alangkah baiknya.

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Perakaunan zakat perniagaan terbukti boleh.

Di samping itu, kajian perlu diteruskan. Ia boleh dibuat melalui dua kaedah. Pertama, dapatkan geran penyelidikan walaupun sedikit untuk mendalami lagi hasil kajian yang telah disempurnakan itu.

Kedua, dengan menyelia pelajar MA atau Ph.d yang berminat dengan topik berkenaan. Masih banyak isu yang boleh diteroka.

Akhirnya, selamat berjuang demi Islam. Dividennya akan diperoleh baik di dunia, di akhirat kelak, Insya Allah apatah lagi. Betulkan niat, dan luruskan kaedahnya.



No comments: