Saturday, February 08, 2014

Zakat Penghasilan

Al-Hamdulillah, pada 4 dan 5 Februari 2014, saya selesai membuat kerja lapangan di MAIDAM di Terengganu dan PKZ di Pahang.

Antara dapatan yang menarik adalah zakat hasil pertanian di PKZ Pahang. Ia dikenali dengan zakat penghasilan. Ia dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, hasil ladang getah dan kelapa sawit. Kedua, hasil tanaman selain padi seperti buah-buahan, dan sayur-sayuran.

Asas taksiran zakat ini boleh dibuat mengikut dua kaedah. Pertama, jumlah pendapatan hasil ladang dan hasil tanaman setahun didarab dengan 2.5 peratus. Kedua, jumlah pendapatan hasil ladang dan hasil tanaman setahun ditolak dengan kos pengurusan ladang dan tanaman didarab dengan 2.5 peratus.

Kos pengurusan ladang dan tananam itu meliputi pertama, benih; kedua, baja dan racun; ketiga, upahan untuk membersih ladang; dan keempat, upah-upah lain yang berkaitan.

Selain itu, kos sara hidup petani turut dibenarkan ditolak. Ia meliputi untuk diri sendiri, isteri, dan anak-anak.

No comments: