Tuesday, December 10, 2013

Tahniah Mulia Saputra

Al-Hamdulillah, dan tahniah diucapkan kepada Bapak Mulia Saputra. Beliau berjaya menyiapkan kajian tesis Ph.D tentang prestasi syarikat yang tersenarai di Jakarta Islamic Index (JII).

Insya Allah, Januari 2014, beliau akan pertahankan dapatan kajian beliau itu sebelum diserahkan untuk pemeriksaan tesis selanjutnya. Sekitar lebih kurang tiga bulan setelah diserahkan, Insya Allah pemeriksaan lisan akan diadakan.

Calon-calon Ph.D yang lain terpaksalah bersabar. Saya doakan semoga Ibu Deicy Natalia Karamoy, Nurul Ilyana Muhd Adnan, Mohd Zulhafiz Said dan Syed Salman Hassan dapat menyiapkan kajian beliau pada tahun 2014. Mohd. Zulhafiz dan Syed Salman merupakan pelajar saya di Bahagian Pengurusan dan Perancangan Pembangunan (PPP), PPSK.

Bagi calon Mohd. Rizal Abu Bakar dan Irfan perlulah menyiap kerja lapangan masing-masing sebelum Jun 2014. Hal ini perlu jika mereka hendak menyerahkan tesis Ph.D masing-masing pada akhir tahun depan, 2014.

Saya tidak pernah memaksa, namun kerap juga memberi peringatan. Wasslam



No comments: