Friday, December 27, 2013

31 Disember 2013

31 Disember tidak berapa hari lagi. 31 Disember penting kerana beberapa sebab. Pertama, hal yang tidak berapa disukai - membuat taksiran cukai pendapatan. Justeru, pastikan penyata pendapatan tahunan diterima daripada majikan masing-masing sebleum taksiran cukai pendapatan dibuat.

Kedua, kerap terlepas pandang -  zakat perlulah dibayar sebelum atau pada 31 Disember 2013. Ini penting bagi memastikan tuntutan rebat cukai pendapatan dapat dinikmati. Jika tidak, zakat yang dibayar selepas tarikh tersebut, rebat hanya boleh dituntut bagi taksiran tahun 2014. Bukan tahun semasa, 2013.

Tuntutan belanja lain yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), boleh dirujuk tulisan-tulisan terdahulu.

Maka pastikan zakat dibayar sebelum atau pada 31 Disember 2013.

No comments: