Monday, December 23, 2013

24 Disember 2013

Hari ini Selasa, 24 Disember 2013. Besok Rabu, 25 Disember 2013. Pada 26 Disember 2013, kita tidak tahu apakah kejadian yang mungkin berlaku. Pada 26 Disember 2004, tsunami melanda Aceh. Pulau Pinang dan Kedah terkena serpihannya.

Justeru, oleh kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku, maka hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala tingkah laku kita. 

Yang lepas tidak akan datang lagi, yang akan datang, tidak pasti. Yang ada adalah saat dan ketika ini.

Berbuatlah sesuatu yang akan boleh kita tuai di akhirat kelak. Sama seperti pelaburan. Ada masa melabur dan ada masa memperoleh hasil. Kita tidak boleh harapkan untuk mendapat hasil tanpa pelaburan. 

Yang melaburpun belum pasti boleh mendapatkan hasil. Maka betulkan niat. Bertindak mengikut prosedur yang dibenarkan oleh Islam. Niat saja tidak cukup. Begitu juga tindakan betul semata-mata tidak cukup. Perlu kedua-duanya. Yang lepas jadikanlah teladan. Baik pada pandangan kita, belum pasti baik di sisi Allah. Begitulah sebaliknya.

Al-Quran dan al-Hadis yang mesti dijadikan panduan. Bukannya yang lain.

 

No comments: