Monday, December 30, 2013

1 Januari - 31 Disember 2013

Hari ini Selasa, 31 Disember 2013. Hari terakhir untuk tahun 2013. Besok 1 Januari 2014. Bermulalah diari baru. Diari 2013 ditutup secara resminya.

Al-Hamdulillah, dua orang calon Ph.D dikategorikan selesai peringkat pertama. Wan anisah Endut dengan kajian bertajuk Perakaunan Zakat Saham di Malaysia sedang menunggu viva. Waktu yang amat ditunggu-tunggu, sama ada suka ataupun tidak suka. Sepatutnya laporan pemeriksa sudah siap. Tarikh untuk menyerahkan laporan pemeriksa adalah 30 Disember 2013.

Bapak Mulia Saputra dengan tajuk kajian Tadbir urur korporat, pengurusan pendapatan dalan nilai firma: Kajian kes syarikat-syarikat tersenarai di Jakarta Islamic Index (JII), Bursa Efek Indonesia sedang menunggu tarikh 2 Januari 2014. Beliau akan mempertahankan dapatan kajiannya pada tarikh itu. Insya Allah, selepas itu bolehlah diserahkan untuk pemeriksaan.

Pelajar Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam) telahpun menyiapkan disertasi masing-masing. Mereka adalah seperti berikut,

Pertama, Khairul Izuan Aziz dengan tajuk kajian kaedah taksiran zakat harta di negara-negara Asia Tenggara: Analisis berdasarkan laman sesawang.

Kedua, Nor Asariah Ilias dengan tajuk kajian pelaburan daripada dana zakat di Zakat Pulau Pinang (ZPP): Pandangan Cendekiawan Zakat.

Ketiga, Normaisarah Mohammad Zahari dengan tajuk kajian faktor-faktor mempengaruhi kelestarian usahawan kecil wanita Muslim di Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK), Kota Bharu Kelantan.

Al-Hamdulillah, buku bertajuk Perakaunan Zakat Perniagaan di Malaysia telahpun diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia sebahagian hasil kajian untuk tesis Ph.D dulu. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak, khususnya kepada Prof Mohammad Syukri Salleh yang telah memberi dorongan dan bantuan tanpa mengira masa dan tempat.

Bab dalam buku bertajuk zakat ke atas hartanah: kajian tekstual terhadap fatawa Jami'ah Fi Zakah al-Iqar yang ditulis bersama Dr Hasanah Abd Khafidz turut diterbitkan dalam buku bertajuk Islamic Philanthropy For Ummah Excellence terbitan Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ), UiTM.

Syukur dalam tahun tahun 2013, telah dapat berkongsi pengalaman dalam kertas yang dibentang di seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti berikut:

Pertama, Substitution Of Special Waqf (Istibdal): Case Study at Kelantan Council Of Religion And Malay Custom (MAIK), kertas dibentangkan di Business and Social Science Research Conference, Escape Vocation Paris Haussman Saint-Lazare, Paris,  20 dan 21 Disember.

Kedua, Aplikasi Metodologi Ta’sil Dalam Penyelidikan: Kes Taksiran Zakat Perniagaan di Malaysia, kertas dibentangkan di The 7th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC 2013) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia di Dewan, Pulau Pinang, 9 dan 10 Disember.

Ketiga, Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al-Iqar, (bersama Hasanah Abd. Khafidz), kertas kerja dibentangkan di World Universities Islamic Philanthrophy Conference 2013 (WUIPCon2013), anjuran Institut Kajian Zakat, Universiti Teknologi Mara, Kuala Lumpur, pada 4 dan 5 Disember.

Keempat, Taksiran Zakat Saham Tidak Patuh Syariah di Malaysia, (bersama Wan Anisah Endut), Kertas dibentangkan di The International Seminar On Islamic Jurisprudence In Contemporary Society 2013 (ISLAC2013), anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, 30 November 2013 dan 1 Disember 2013.

Kelima, Taksiran Zakat Pertanian Usahawan Padi di Malaysia: Antara Fatwa Dengan Realiti Semasa, kertas dibentangkan di Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia (SKIM) ke 13, anjuran bersama Universiti Padjadjaran (Unpad) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bandung, Indonesia, 12 - 14 November.

Keenam, Taksiran Zakat Pertanian Dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin, kertas dibentangkan di Konferensi Antarabangsa Islam Borneo VI (KAIB VI), anjuran Universiti Teknologi Mara, Cawangan Sarawak, Kuching, 18 dan 19 September.

Ketujuh, Working Capital Management Among Petty Trades in Kuala Nerang, Kedah, (bersama Dr. Nor Malina Malik, Dr. Khoo Suet Leng dan Dr. Salfarina Abd Gapor), kertas dibentangkan di Konferens Program Pemindahan Ilmu Peringkat Kebangsaan Pertama, di Hotel Equatorial, Bangi, 21 - 23 Ogos 2013.
  
Kelapan, Taksiran Zakat Hasil Pertanian di Malaysia: Isu dan Cabaran, kertas dibentang di 6th International Workshop on Islamic-based Development, anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), di Medan, Indonesia, 22 April 2013.



No comments: