Wednesday, September 04, 2013

Objektif Kefarduan Zakat

Allah SWT menyebut, "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka". Persoalannya, apakah itu objektif ataupun tujuan zakat sebenarnya? Bagaimanakah kaedah untuk menunaikan zakat? Seterusnya, apakah kesan terhadap asnaf zakat jika zakat diuruskan secara berkesan?

Hal ini perlu dijawab sebaik-baiknya kerana jika objektif tidak jelas, maka pembayar zakat akan merasakan seumpama pembayar cukai. Asnaf zakat pula merasakan seumpama bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Pihak amil mungkin merasakan sebagai pekerja biasa sama seperti pekerja-pekerja di jabatan/agensi kerajaan ataupun di syarikat swasta. Tiada beza, sedangkan ia jauh berbeza.


 

No comments: