Thursday, August 29, 2013

Ph.D oh Ph.D



Al-Hamdulillah, seorang calon Ph.D iaitu Wan Anisah Endut telah berjaya mempertahankan draf tesis itu pada 28 Ogos 2013 dengan sedikit pindaan. Berbanyak terima kasih kepada pengulas tesis tersebut. Sahabat-sahabat yang turut membantu, turut diucapkan terima kasih.
Beliau sedang membuat pembetulan, dan dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh terdekat.

Dengan itu, Insya Allah beliau akan menghantar tesis itu untuk diperiksa. Didoakan semoga semuanya berjalan lancar. 
 
Di samping itu, Nurul Ilyana Mohd. Adnan turut menghantar notis untuk penyerahan tesis kelmarin, Jumaat, 29 Ogos 2013. Beliau mengkaji pelaksanaan pembiayaan kredit daripada dana zakat di Baitul Mal Aceh dan potensi pelaksanaannya di Malaysia. Jika pembiayaan perniagaan dapat digunakan daripada dana zakat, maka kita akan dapat melihat perkembangan usahawan asnaf akan lebih drastik, Insya Allah.

Didoakan semoga beliau dapat mempertahankan draf tesis itu selewat-lewat Disember 2013. Setakat ini, tiada masalah untuk mematuhi tarikh tersebut.

No comments: