Monday, August 26, 2013

Pendidikan, Zakat dan Asnaf Zakat

Di Malaysia, jika mahu belajar, maka kita berpeluang untuk belajar. Tidak dapat masuk IPTA, boleh cuba IPTS. Tak dapat masuk program ijazah, buat diploma dulu. Asalkan nak belajar.

Jika tiada biaya, boleh pohon PTPTN. Bayaran balik boleh runding lagi. Maka pendek kata, jika mahu saja, tiada halangan.

Persoalannya ialah, jika mereka golongan fakir dan miskin, maka hutang PTPTN itu mungkin membebankan. Apatah lagi jika mereka belum mendapat kerja, atau bekerja dengan pendapatan yang rendah. Bagaimanakah golongan pelajar fakir dan miskin ini boleh mendapat pendidikan baik di IPTA atau IPTS tanpa membebankan? 

Bolehkah pihak tertentu memikirkan dengan penubuhan sebuah universiti yang boleh memenuhi keperluan pendidikan bagi golongan tersebut secara percuma? Apakah inistitusi zakat di Malaysia boleh membiayai mereka jika tidak ke universiti secara percuma?

Dengan suasana sekarang, penubuhan sebuah universiti yang boleh memenuhi keperluan pendidikan golongan fakir dan miskin amatlah baik sekali. Dengan kata lain, jika golongan fakir dan miskin yang berkelayakan boleh mendapat peluang pendidikan walaupun mereka miskin.

Kos pembinaan universiti berkenaan boleh ditanggung oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Begitu juga untuk kos operasi selain daripada tenaga pengajar.Tenaga pengajar boleh diperoleh daripada golongan yang berkelayakan secara percuma. Saya yakin ramai golongan tersebut bersedia untuk infak diri mereka.

Namun, kos pengangkutan ke universiti bolehlah dibayar. Begitu juga jika mereka terpaksa bermalam, maka ia bolehlah dibiayai oleh universiti. dengan kata lain, bayaran untuk pengajaran disediakan secara percuma.

Jadi golongan fakir dan miskin, iaitu golongan asnaf zakat dapat memperoleh pendidikan percuma. Dalam keadaan sekarang, PTPTN membiayai semua golongan baik yang miskin mahupun yang berada.

Selain daripada golongan asnaf fakir dan miskin, peruntukan fi sabilillah juga boleh diberi kepada pelajar berkenaan. 

Jika ini dapat direalisasikan, Insya Allah golongan miskin ini dapat dibela dengan sepatutnya. Akhirnya, mereka boleh bertukar status daripada asnaf zakat kepada pembayar zakat. Daripada mustahik kepada muzzaki.





 



No comments: