Monday, August 05, 2013

Air Sungai Kelantan

Pertanian khususnya padi ketika ini diusahakan secara komersial. Ia tidak lagi diusahakan secara tradisional. Air tidak lagi bergantung kepada air hujan. Dengan kata lain, petani terpaksa menunggu musim hujan untuk memulakan penanaman padi. Usahawan padi menggunakan air dari sistem pengairan yang teratur. Hal ini sudah lama berlaku. 

Persoalannya, betulkah sistem pengairan ketika ini teratur? Apakah usahawan padi khususnya di Kelantan tidak mengalami masalah ketidakcukupan air? Namun, jika kita tengok, padi tidak lagi diusahakan mengikut jadual seperti biasa. Tali air sudah tidak ada air. Apakah masalah sebenar yang sedang dihadapi usahawan padi di Kelantan ketika ini? Apakah air sungai Kelantan sudah kering? Betulkah sungai Kelantan tiada air? Jika betul, mengapakah berlaku sedemikian?

No comments: