Saturday, July 13, 2013

Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari


Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari seorang ulama yang terkenal di Borneo. Beliau menulis bab zakat kitab Sabil al-Muhtadin.

Dari segi kaedah taksiran zakat, perbahasan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitab Sabil al-Muhtadin boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama ialah zakat dikenakan ke atas harta dan hasil yang diperoleh dari harta tersebut. Kaedah ini hanya untuk zakat binatang ternakan. Nisab dan kadar zakat binatang ternakan berbeza-beza mengikut jenis binatang ternakan. Unta misalnya 5 ekor dengan kadar zakatnya seekor kambing; lembu 30 ekor dengan kadar zakatnya seekor lembu jantan berumur setahun; dan kambing 40 ekor dengan kadar zakatnya. Seekor kambing. Kadar zakatnya berubah mengikut bilangan binatang ternakan seperti yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.
 
Kedua ialah zakat dikenakan ke atas hasil yang diperoleh daripada harta tersebut sahaja. Nisab dan kadar zakat ke atas hasil ini berbeza-beza mengikut jenis hasilnya. Nisab hasil pertanian adalah sebanyak 300 gantang beras. Kadar zakat hasil pertanian adalah 5 peratus, 7.5 peratus atau 10 peratus. Nisab hasil ma’din dan rikaz adalah sebanyak 20 mithqal iaitu 85 gram. Kadar zakat hasil daripada perut bumi adalah 2.5 peratus untuk ma’din, dan 5 peratus untuk rikaz.
 
Ketiga ialah zakat hanya dikenakan ke atas harta itu sahaja. Kaedah ini meliputi zakat emas, perak dan barangan perniagaan. Nisab emas dan barangan perniagaan adalah 20 mithqal iaitu 85 gram. Kadar zakat yang dikenakan adalah 2.5 peratus.
 
 
 
 
 
 

 

No comments: