Friday, May 24, 2013

KTP di Kuala Nerang, Kedah

Al-Hamdulillah, hari ini bengkel KTP bagi pengurusan kewangan perniagaan telah dijalankan. Lebih daripada 50 orang penjaja kecil telah mengikutinya. Bengkel tersebut telah diadakan di Kolej Komuniti Kuala Nerang bermula jam 3.00 petang.

Hari ini diperkenalkan rekod asas kewangan khususnya tentang akaun tunai, akaun belum terima dan akaun belum bayar.

Bengkel susulan akan diadakan dua minggu lagi. Setiap peserta telah diminta untuk merekod terimaan dan bayaran tunai harian. Mereka turut diminta untuk merekod urusniaga kredit. Maka, semua urusniaga akan direkod sama ada akaun tunai, akaun belum terima ataupun akaun belum bayar.

Insya Allah, pada bengkel akan datang, mereka akan menutup akaun-akaun tersebut bagi maksud penyediaan penyata pendapatan. Mereka akan mengetahui amaun keuntungan yang diperoleh atau kerugian yang ditanggung.

Justeru, sama-sama doakan apa yang telah dirancangkan untuk pembangunan sosioekonomi peniaga dan penjaja kecil di Kuala Nerang melalui kaedah pengurusan kewangan dan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan berjalan seperti yang dirancangkan.

No comments: