Monday, April 08, 2013

Kos Pengeluaran

Aktiviti pertanian yang diusahakan sekarang khususnya padi telah dibuat secara komersial. Maka ia melibatkan pelbagai jenis kos semasa penanam dan penjangaan. Ia amat jauh berbeza jika diusaha secara tradisional.

Oleh sebab itu, apabila merujuk kepada Manual Pengiraan Zakat yang diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2008 telah mengambilkira pelbagai kos yang terlibat.

Malah pihak JAWHAR mengingatkan, zakat pertanian perlu ditaksir secara profesional untuk mengetahui lebih awal jumlah yang wajib dibayar oleh pembayar zakat serta hak yang boleh diterima oleh pemerintah (amil).

Pihak JAWHAR turut memberi contoh taksiran zakat padi. Antara kos yang dibenarkan ditolak adalah pertama, ks baja dan racun; kedua, kos sewa jika berkaitan; ketiga, kos upah tenaga kerja dan penuaian; keempat, kos pengangkutan yang terlibat. Maka hanya baki bersih setelah ditolak semua kos tersebut dikenakan zakat.

Kadar zakatnya pula tertakluk sumber air yang digunakan. Jika ia berbayar, maka kadarnya 5 peratus, jika percuma, maka kadarnya 10 peratus, manakala jika melibatkan kedua-dua jenis sumber air tersebut, maka kadarnya 7.5 peratus.

No comments: