Tuesday, March 26, 2013

Zakat Produktif di Baitul Mal Aceh

Agihan zakat produktif khususnya dalam bentuk bantuan modal antara lain bertujuan untuk menukarkan muzzaki iaitu pembayar zakat kepada mustahik iaitu penerima zakat. Bantuan modal itu dibuat samada melalui tunai ataupun barangan.

Lebih daripada itu, bantuan modal itu pula diberi dalam bentuk mikro kredit. Ini bermakna, mustahik perlu memulang balik zakat yang mereka telah terima. Ia begitu berkembang di Baitul Mal Aceh Darussalam.

Sebuah buku yang berjudul 'Zakat Produktif: Solusi Alternatif Pemberdayaan Ekonomi Umat' telah diterbitkan pada tahun 2008 membahaskan secara detail tentang zakat produktif. Penulis telah membahaskan baik dari segi hukum mahupun dari segi praktis, khususnya di Baitul Mal Aceh.
 
Dalam kata pengantar, penulis iaitu Dr Armiadi telah mengingatkan bahawa, masalah zakat adalah berkait dengan kehidupan ekonomi masyarakat yang selalu dan terus berkembang, dengan demikian pastinya akan terjadi hal-hal baru yang memerlukan kepada formulasi dan produk hukum yang baru pula atau ijtihad. 
 
Oleh itu, menurut beliau lagi, buku tersebut disusun untuk menawarkan pola pendayagunaan zakat kepada sektor produktif sebagai satu alternatif pemberdayaan ekonomi umat Islam. Apatah lagi, zakat produktif yang diagihkan kepada mustahik adalah dalam bentuk aqad qard al-Hasan. Kaedah inilah yang sedang cuba dikembangkan.

Dengan perlantikan beliau sebagai sebagai Kepala Badan Pelaksana Baitul Mal Aceh oleh Gubernur Aceh, Zaini Abdullah, pada Selasa,  22 Januari 2013, maka diharapkan agihan zakat produktif dapat diperkembangkan lagi.
 

No comments: