Friday, March 15, 2013

Pendapatan Kasar atau Pendapatan Bersih

Hasil pertanian sangat dipengaruhi oleh penggunaan input pertanian seperti benih, baja dan racun. Jika input pertanian digunakan dengan betul, hasilnya akan memuaskan. Begitulah juga sebaliknya.

Di samping itu, cuaca turut mempengaruhi hasil pertanian yang bakal dituai khususnya bagi penanam padi. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan dan luar biasa, maka banjir akan lagi banjir akan melanda. Kesannya, ia akan menjejaskan hasil yang bakal diperoleh.

Para petani bukan sahaja memperoleh hasil yang kurang, malah kerap mereka mengalami kerugian besar. Hatta kadang kala mereka tidak mampu menampung kos untuk input pertanian.

Persoalannya, bolehkah kos input pertanian itu ditolak dari hasil yang diperoleh semasa membuat taksiran zakat?

Di Malaysia, hanya negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, kos untuk input pertanian dibenarkan ditolak dari hasil kasar. Negeri tersebut turut membenarkan kos pertanian yang lain. Di negeri lain, kos input pertanian tidak dibenarkan ditolak daripada hasil pertanian yang diperoleh. Dengan kata lain, jika petani itu mengalami kerugian sekalipun, hasil pertanian yang diperoleh tetap dikenakan zakat.

Justeru, apakah tindakan yang patutnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengharmonikan masalah ini? Apakah patut ia dibiarkan terus berlaku sedemikian? Sedangkan untuk taksiran zakat pendapatan, ia dikira berasaskan pendapatan bersih setelah ditolak kos sara hidup. Wallahu 'alam.

No comments: