Tuesday, March 19, 2013

Manual JAWHAR

Padi adalah pertanian yang diwajibkan zakat di Malaysia. Tanaman lain seperti getah dan kelapa sawit, jika diperniagakan, maka ia dikenakan zakat perniagaan. Tanaman tersebut tidak dikenakan zakat pertanian.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sebenarnya telah menerbitkan satu manual sebagai panduan untuk kaedah taksiran zakat harta. Manual tersebut berjudul Manual Pengurusan Pengiraan Zakat. Manual itu telah diterbitkan pada tahun 2008.

Manual tersebut ditulis supaya zakat pertanian dapat ditaksirkan secara profesional. Dinyatakan secara jelas dalam bentuk contoh pengiraan zakat pertanian.

Dalam kes padi misalnya, disebut kos-kos yang terlibat yang boleh ditolak daripada hasil jualan padi. Kos tersebut adalah pertama, kos baja dan racun; sewa jika berkaitan; upah tenaga kerja/tuaian; dan pengangkutan.

Oleh itu, panduan daripada JAWHAR ini boleh diambil sebagai contoh kos-kos yang terlibat yang boleh ditolak dari hasil kasar. Diharap ia boleh membantu para penanam padi ketika mengalami kesusahan. Wallahu 'alam

No comments: