Saturday, March 16, 2013

Harta Zakat Dalam al-Qur'an

Al-Qur’an menyebut harta yang diwajibkan zakat dalam dua bentuk. Pertama, dalam bentuk umum; dan kedua, dalam bentuk spesifik.
 
Dalam bentuk umum, al-Qur'an hanya menyebut perkataan sebahagian harta (al-Taubah 9: 103) atau harta-harta (al-Dhariyat 51: 19). Dalam bentuk spesifik pula, al-Qur'an menyebut harta-harta seperti emas dan perak (al-Taubah 9: 34), pertanian (An’am 6: 141), perniagaan dan hasil bumi (al-Baqarah 2: 267).
 
Meskipun al-Qur’an menyebut harta-harta tertentu dikenakan zakat (al-Taubah 9: 34; An’am 6: 141; dan al-Baqarah 2: 267) tetapi tidak terdapat kenyataan atau isyarat yang menghadkan pengertian umum yang terdapat dalam 103 surah Surah al-Taubah dan ayat 19 surah al-Dhariyat. Ketiga-tiga ayat tersebut hanya menerangkan beberapa bentuk harta yang diwajibkan zakat, tetapi tidak bermakna harta-harta lain tidak diwajibkan zakat.
 
Jika begitu keadaannya, maka pelbagai tafsiran terhadap harta yang diwajibkan zakat adalah mustahil dapat dielakkan. Malah ia adalah antara punca utama para fuqaha berbeza pendapat terhadap harta-harta yang diwajibkan zakat. Ia akan berterusan menjadi satu polemik disebabkankhususnya terhadap zakat penggajian disebabkan zakat penggajian itu sendiri dibentuk berasaskan qiyas.Apatah lagi apabila membahaskan perakaunan zakat penggajian dalam al-Qur’an.
 
Hal ini kerana tujuan al-Qur’an adalah memberikan petunjuk kepada manusia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, bukannya untuk tujuan persoalan sedemikian (Muhammad Quraish Shihab, 1996). Malah perkembangan hukum zakat sendiri baik pada zaman Rasulullah SAW, sahabat mahu pun pada zaman tabi’in adalah berasaskan ijtihad (Muhammad Akhtar Saeed al-Sidiqqi, 1988). Wallahu 'alam.

No comments: