Thursday, March 21, 2013

Dalam Kenangan

Malam tadi kita dapat berita yang mengejut semua keluarga ISDEV. Bapak Dr Suhrawardi telah dijemput menemui Allah SWT. Kita sangat sedih merasakan kehilangan beliau, tetapi Allah SWT lebih menyayangi beliau. Sama-sama kita doakan semoga ruh beliau bersama-sama orang-orang yang soleh, dan mendapat rahmat di sisi Allah SWT jua. 
 
Semoga keluarga beliau khususnya, ibu Hanum tabah menghadapi ujian ini. Masa berlalui begitu pantas. Ini foto beliau sedang menduduki ujian lisan semasa mempertahankan tesis Ph.D beliau.

Untuk memperingati sumbangan beliau dalam pengurusan pembangunan wakaf di Indonesia khususnya, pembangunan wakaf Muhammadiyah, maka saya ingin mencadangkan agar kita dapat menuliskan masing-masing satu artikel tentang wakaf. Kemudian kita bukukan artikel-artikel itu. Insya Allah
 

No comments: