Sunday, March 24, 2013

Dalam Kenangan II

Jumaat pagi 22 Mac 2013, saya dikejutkan dengan berita pemergian Bapak Dr. Suhrawardi. Kawan karib dan sama-sama belajar di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM.
 
Beliau sebenarnya agak sibuk mengatur untuk bengkel WAPI tahun ini. Insya Allah, jika semua berjalan lancar, dari 21 - 27 April 2013 ini, dan kita sama-sama berangkat ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan. Tiket penerbangan telahpun ditempah. Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Kita tidak sempat bertemu beliau.
 
Sekejap tadi, saya dikejutkan pula berita tentang pemergian guru matematik saya semasa mengambil SPM pada tahun 1974. Pemergian cikgu Ali, cikgu matematik yang paling cemerlang yang pernah saya temui. Beliau seorang cikgu yang dedikasi amat. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama orang soleh.
 
Beliau juga seorang guru asrama. Tegas tapi amat baik. Terlalu banyak kenangan manis bersama beliau semasa di SMSAH dulu. Al-Hamdulillah, dengan didikan beliau, suami isteri, akhirnya seorang budak kampung dapat jua menjejak kaki ke universiti.
 
Begitu juga dengan cikgu Latifah. Beliau  mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu. Terlalu banyak ilmu yang dicurahkan. Walaupun tak dapat cemerlang dalam peperiksaan SPM, namun masih mendapat keputusan yang baik. Malah semasa menulis tesis Ph.D dulu, seingat saya, pemeriksa tidak memberi komen terhadap kesilapan bahasa. Terima kasih cikgu. Namun sayang sekali, sehingga kini saya masih gagal bercakap Bahasa Melayu dengan betul. Masih kuat pengaruh loghat Kelantan. Dan inilah potrait cikgu Ali di tengah bercermin mata.
 
Photo

No comments: