Saturday, October 15, 2011

QANUN ACEH NO.7/2004

Menurut Qanun Provinsi Aceh Darussalam Nombor 7 Tahun 2004, Fasal 1(13), zakat bermaksud sejumlah harta yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam atau perbadanan untuk diagihkan kepada yang berhak di bawah pengelolaan Badan Baitul Mal.

Dalam Qanun itu disebut harta yang diwajibkan zakat itu boleh dikategori kepada pendapatan, dan tabungan. Ditentukan juga nisab, kadar dan haul masing-masing.

Dengan kata lain, individu dan perbadanan atau perusahaan wajib menyerahkan zakatnya kepada Baitul Mal Aceh, tidak boleh kepada badan lain.

Persoalannya, bagaimanakah Baitul Mal Aceh Darussalam mempastikan kelestarian dalam mengelolakan dana zakat tahunannya?

Apakah tindakan yang telah diambil untuk mempastikan kelestarian itu dapat direalisasikan? Dengan kata lain, bagaimanakah dana zakat dapat memenuhi keperluan tahunan walaupun amaun pungutan zakat kurang daripada keperluan untuk tahun itu?

Inilah yang dimaksudkan kelestarian yang akan dibahas dalam artikel seterusnya.

No comments: