Monday, April 19, 2010

STS SEBELUM/PADA 30 APRIL 2010

Setiap tahun kita mesti melaporkan pendapatan di dalam Borang Nyata Pendapatan. Ia akan dikemukakan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

Sebelum Sistem Taksiran Sendiri (STS), Borang Nyata Pendapatan dikemukakan ke LHDN memlalui Sistem Taksir Formal (STF).

Mengikut STF, pembayar cukai dikehendaki melaporkan pendapatan di dalam Borang Nyata Pendapatan, kembalikan Borang tersebut ke LHDN dan LHDN akan membuat taksiran.

Notis akan dihantar kepada pembayar cukai dan berpandukan kepada cukai yang ditaksir, bayaran cukai akan dibuat.

Berlainan dengan STF, di bawah STS pembayar cukai masih perlu mengemukakan Borang Nyata Pendapatan dalam tempoh ditetapkan. Tetapi notis taksiran tidak akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.

Pembayar cukai sebaliknya dikehendaki mengira cukai mereka dan menjelaskan bayaran cukai itu sepenuhnya pada masa Borang Nyata Pendapatan dikemukakan.

Pembayar cukai juga dikehendaki membuat anggaran cukai yang kena dibayar untuk tahun semasa. Bayaran ansuran bulanan dalam tahun yang berkenaan perlu dibuat berdasarkan anggaran tersebut.

Pembayar cukai boleh membuat bayaran ansuran bulanan terus kepada LHDN ataupun melalui bank seperti antaranya ialah CIMB dan Public Bank Bhd.

Bagi pekerja yang tertakluk kepada bayaran cukai mengikut Potongan Cukai Berjadual (PCB), kaedah ini dilaksanakan oleh pihak majikan. Majikan akan meremitkan PCB itu kepada LHDN.

Namun suatu hal yang amat penting untuk diambil perhatian ialah di bawah STS, pembayar cukai perlu menyimpan rekod dengan teratur, mengisi Borang Nyata Pendapatan dengan betul, mengira cukai dan mengemukakan Borang Nyata Pendapatan bersama bayaran cukai terakhir (sekiranya ada).

Ketika ini, semua urusan ini amat senang. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan e-filing. Dengan e-filing, semua dikira secara otomatik. Notis taksiran boleh diperoleh dengan tepat (tiada kesilapan dalam perkiraan cukai) dan dicetak untuk simpanan. Masa yang diperlukan amat singkat. Jika timbul sebarang masalah, selesaikanlah semuanya di pejabat LHDN. LHDN menyediakan kemudahan ini hatta pada hari minggu sekalipun.
Jika sibuk, boleh selesaikannya sendiri dengan layari laman web ini - https://e.hasil.org.my/

1 comment:

kampong boy said...

yup.. saye setuju perkara yg berkaitan LHDN n apa yg saya dengar pun begitu dan kegagalan mengundang kita didenda RM500