Tuesday, February 09, 2010

MANUAL ZAKAT DI MALAYSIA

Pengurusan zakat di Malaysia diperkemaskan dari semasa ke semasa. Ia meliputi dua bidang. Pertama ialah dalam bidang pungutan zakat, dan kedua ialah dalam bidang pengagihan zakat.

Dalam bidang pungutan zakat, sebuah buku berjudul Panduan Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2001. Buku ini diterbit semula dalam bentuk manual dengan judul Manual Pengurusan Pengiraan Zakat pada tahun 2008.

Dalam bidang pengagihan zakat pula sebuah manual berjudul Manual Pengurusan Agihan Zakat diterbitkan pada tahun 2007. Kedua-dua manual ini diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Buku Panduan Zakat di Malaysia dan Manual Pengurusan Pengiraan Zakat ini bertujuan untuk membantu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menentukan kekayaan yang diwajibkan zakat dan kaedah taksiran zakatnya.

Manual ini turut membantu ke arah penyelarasan dan penyeragaman dalam pengiraan zakat. Manual Pengurusan Agihan Zakat pula bertujuan untuk membantu MAIN dalam menentukan kaedah pengagihan dana zakat secara efektif kepada golongan asnaf.

Di samping itu, manual ini boleh dijadikan panduan kepada amil-amil dan pengurus-pengurus zakat dalam menguruskan hal-ehwal agihan zakat. Dengan demikian, apa-apa isu dan masalah asas tentang pungutan dan pengagihan zakat sebenarnya telahpun selesai di peringkat dasarnya.

No comments: