Thursday, February 11, 2010

DANA ZAKAT DAN NON-MUSLIM

Manual Pengurusan Agihan Zakat pula bertujuan untuk membantu MAIN dalam menentukan kaedah pengagihan dana zakat secara efektif kepada golongan asnaf. Di samping itu, manual ini boleh dijadikan panduan kepada amil-amil dan pengurus-pengurus zakat dalam menguruskan hal-ehwal agihan zakat.

Kaedah umum pengagihan dana zakat sebenarnya telah disebut oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Antaranya seperti pesanan Rasulullah s.a.w semasa mengutuskan Muadh b. Jabal ke Yaman yang bermaksud:

“.....Allah memfardhukan kepada mereka menunaikan zakat pada harta mereka. Harta itu diambil dari orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka” (al-Bukhari, No. 478).

Pesanan Rasulullah s.a.w ini mempamerkan zakat yang dipungut daripada orang kaya itu mestilah diagihkan kepada orang miskin dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Dengan itu dana zakat tidak boleh diagihkan kepada golongan non-Muslim. Di Malaysia sendiri pengagihan zakat kepada non-Muslim turut dibahaskan.

Persoalannya ialah, apakah golongan non-Muslim tidak layak menerima zakat?

Sekiranya golongan non-Muslim ini tidak layak menerima zakat, bagaimanakah golongan muallaf non-Muslim walhal golongan turut menerima agihan zakat daripada Rasulullah s.a.w.

Apatah lagi sekiranya dana zakat yang diagihkan itu digunakan untuk membiayai usaha-usaha dakwah kepada non-Muslim ini.

Dana zakat yang digunakan untuk usaha-usaha dakwah boleh juga dikategorikan di bawah asnaf fisabilillah. Inilah antara persoalan yang menjadi isu dalam pengagihan kepada golongan non-Muslim.

No comments: