Tuesday, October 06, 2009

KADAR ZAKAT PENDAPATAN

Cadangan Dr. Muhammad Kamal ‘Atiyah (1995) memberi dua implikasi. Implikasi pertama, kadar zakat ke atas apa jua pendapatan yang diperoleh dikenakan zakat pada 5 peratus atau pun 10 peratus. Dengan itu, tiada kadar zakat ke atas pendapatan pada kadar 2.5 peratus yang diamalkan sekarang.

Implikasi kedua, jika kadar zakat hendak dikenakan pada kadar 2.5 peratus, maka zakat perlu diitaksir ke atas pendapatan yang diperoleh bersama harta yang dipunyai. Ini yang berlaku ke atas zakat perniagaan.

Oleh sebab itulah, harta tetap seperti rumah kediaman, jentera dan loji, bangunan dan peralatan kilang tidak dikenakan zakat. Ia berupa harta modal untuk menjana pendapatan, oleh itu dikecualikan daripada zakat. Hanya pendapatan yang diperoleh dikenakan zakat.

1 comment:

miliyunir said...

Assalamu'alaikum Dr,
Saya minta penjelasan tentang ... "maka zakat perlu diitaksir ke atas pendapatan yang diperoleh bersama harta yang dipunyai." maksud harta yang dipunyai ... itu adakah bersama dengan wang simpanan atau harta berbentuk tunai yg lain atau bagaimana? Terima kasih..