Monday, August 10, 2009

ZAKAT SAHAM

Saham ialah hak milik ke atas sebahagian dari modal keseluruhan syarikat (al-Qaradawi, 1999). Hak milik ini diberikan dalam bentuk sijil saham. Sijil ini adalah dokumen bukti pemilikan syarikat tersebut.

Keuntungan dari pelaburan saham boleh diperolehi dalam dua bentuk. Pertama ialah dalam bentuk dividen. Kedua ialah dalam bentuk lab modal (capital gain). Kedua-duanya dikenakan zakat.

Persoalannya ialah, apakah perakaunan zakat yang dikenakan? Apakah zakat perniagaan, atau zakat pertanian?

Bagi kebanyakan kes, zakat saham diqiyaskan kepada zakat perniagaan. Zakat dikenakan pada kadar 2.5%. Kadar yang sama dikenakan sama ada saham itu dipegang sebagai pelaburan panjang ataupun diurusniaga di pasaran saham.
Kadar 2.5% sepatutnya dikenakan ke atas keuntungan laba modal dan saham itu sendiri. Ini bersesuaian jika ia diqiyaskan kepada zakat perniagaan. Tetapi sebaliknya, jika ia dikenakan ke atas dividen tanpa dikenakan ke atas saham jika ia dipegang sebagai pelaburan jangka panjang. Jika dalam kes ini masih diqiyaskan kepada perakaunan zakat perniagaan, maka ia tidak beberapa kena.

Persoalannya, mengapakah qiyas sebegini tidak berapa kena? Apakah ia patut diqiyaskan kepada perakaunan zakat pertanian?

No comments: