Saturday, August 08, 2009

ZAKAT KE ATAS INSTRUMEN KEWANGAN

Pelaburan dalam instrumen kewangan antara pilihan pelaburan yang memberi pulangan yang lumayan. Ia semakin popular pada masa kini.

Antara instrumen kewangan yang popular ialah saham dan sukuk (bon Islam). Pulangan yang diterima daripada pelaburan ini adalah antara harta zakat yang tidak disepakati.

Persoalannya, bagaimanakah perakaunan zakat pelaburan dikira? Asasnya ialah, apakah ia sesuai untuk diqiyaskan kepada sama ada, pertama ialah zakat emas dan perak; kedua ialah zakat pertanian; dan ketiga ialah zakat ternakan dan aset perniagaan.

Jika mengambilkira pendapatan ataupun pulangan, maka ia sepatutnya diqiyaskan kepada perakaunan zakat pertanian. Zakat dikenakan pada kadar 5% ataupun 10%, bukannya pada kadar 2.5%.

Terdapat beberapa tulisan semasa mengenai zakat ke atas pelaburan. Antaranya ialah zakat ke atas saham. Zakat saham dikenakan pada kadar 2.5%, bukannya 5% ataupun 10%. Justeru, zakat ke atas sukuk memerlukan satu perbincangan secara ilmiah.

1 comment:

miliyunir said...

Assalamualaikum Dr,
Saya tertarik untuk mengetahui zakat saham seperti yang Dr utarakan, jika ada perbincangan ilmiah tentang kadarnya, mohon Dr sampaikan kepada saya melalui email: miliyunir@yahoo.com

Terima kasih..