Wednesday, August 12, 2009

PERAKAUNAN ZAKAT PENDAPATAN

Dalam kes biasa, zakat ke atas pendapatan diqiyaskan kepada zakat emas dan perak. Kadar zakat yang dikenakan ialah 2.5%.

Metod yang sama dipakai ke atas pendapatan lain. Antaranya pendapatan daripada sewaan, pajakan dan subsidi.

Ia juga terpakai untuk pendapatan daripada pelaburan baik yang dipegang untuk jangka pendek ataupun jangka panjang.

Persoalannya ialah, jika dilihat daripada Hadis Rasulullah s.a.w, zakat ke atas pendapatan mempamerkan ia dikenakan pada kadar sama ada 5%, 10% ataupun 20%. Kadar zakatnya tertakluk kepada jenis pendapatan tersebut.


Jika pendapatan daripada pertanian menggunakan air berbayar, maka kadarnya 5%. Jika sebaliknya menggunakan air semula jadi seperti air hujan dan seumpamannya, maka kadarnya ialah 10%.

Hasil dari perlombongan seperti rikaz pula ialah pada kadar 20%.

Jika zakat ke atas pendapatan memakai kadar-kadar ini, ia nampak selari dengan pembahagian kaedah perakaunan wajib zakat.

Ketiga-ketiga kaedah itu ialah pertama, zakat dikenakan ke atas kekayaan itu sendiri pada kadar 2.5%. Misalnya zakat ke atas emas dan perak. Kedua, zakat dikenakan ke atas kekayaan dan pendapatan daripada kekayaan tersebut. Misalnya zakat ke atas aset perniagaan pada kadar 2.5% dan binatang ternakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Ketiga, zakat dikenakan hanya ke atas pendapatan yang diperoleh dari sesuatu kekayaan. Misalnya zakat ke atas hasil pertanian pada kadar 5% atau 10% dan perlombongan pada kadar 20%.

Persoalannya, mengapakah zakat ke atas pendapatan dikenakan pada kadar 2.5%. Hatta subsidi ke atas padi pun dikenakan pada kadar yang sama.


2 comments:

miliyunir said...

Assalamualaikum,
Pada pendapat saya zakat pendapatan wajar dikenakan sebanyak 2.5% seperti kadar zakat emas dan perak.
Dalam hal ini, tidak wajar zakat pendapatan dikenakan seperti pertanian 5%, 10% atau 20%.

Hujahnya ialah, pertanian atau tanaman mempunyai tanah atau bumi yang merupakan keuntungan bagi pemilik harta. Maka boleh dikatakan zakat pada kadar 5%, 10% atau 20% itu seperti cukai kerana pemilikan tanah tersebut seperti fondasi tempat sandaran (harta).
Ini berbeza dengan pendapatan, ianya hanya bergantung dengan kerja yang ada, ada kerja ada gaji, tiada kerja maka tiada gaji.

Kadar 2.5% itu juga pada logiknya tidak membebankan dan dalam hal ini syariat telah meringankannya kepada mereka yang bekerja dan memperolehi pendapatan. Wallahu'alam.

miliyunir said...
This comment has been removed by the author.