Friday, May 01, 2009

ZAKAT PERTANIAN VS ZAKAT PERNIAGAAN

Umumnya, hasil pertanian yang dikategorikan sebagai makanan asasi sahaja diwajibkan zakat. Di Malaysia, hasil pertanian atau tanaman seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan tidak diwajibkan zakat. Zakat perniagaan akan diwajibkan jika ia diperniagakan.

Persoalannya, ketika ini tanaman padi sendiripun telah diurus secara perniagaan. Dengan kata lain, pengurusan penanaman padi telah dijadikan sebagai satu perniagaan. Pengusahanya telah menjadi seorang usahawan.

Justeru apakah usahawan padi itu dikenakan zakat pertanian ke atas hasil perniagaannya? Atau apakah lebih sesuai usahawan itu dikenakan zakat perniagaan atau zakat korporat?

Hal ini kerana perakaunan zakat pertanian adalah berbeza dengan perakaunan zakat pertanian. Isu ini jika dikaji secara mendalam, boleh dikemukakan sebagai satu tesis sama ada di peringkat MA ataupun Ph.D. Fikir-fikirkanlah.

No comments: