Thursday, May 21, 2009

AGIHAN DANA ZAKAT

Agihan dana zakat boleh dibuat dalam dua bentuk. Pertama ialah dalam bentuk sara diri atau konsumtif. Kedua ialah dalam bentuk produktif.

Agihan dalam bentuk konsumtif adalah dibenarkan dan tiada pertikaian kalangan fuqaha. Sebaliknya, agihan dalam bentuk produktif, ia masih belum diterima sepenuhnya oleh kalangan fuqaha dan sering timbul pertikaian. Antara alasan agihan dalam bentuk produktif tidak dipersetujui ialah, melambatkan agihan kepada asnaf sedangkan hukum telah menetapkan dana zakat mesti segera diagihkan.

Antara agihan dalam bentuk produktif yang agak popular ialah institusi zakat melaburkan zakat tersebut dalam projek-projek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti membeli ladang dan pembukaan kilang. Keuntungan dari projek itu akan diagihkan kepada asnaf yang layak.

Persoalannya, adakah pelaburan sebegitu dibenarkan oleh syarak?

Terdapat beberapa pandangan tentang perkara ini. Namun, ia boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, pihak institusi atau pengelola zakat dibenarkan untuk melabur zakat yang dipungut. Kedua, pendapat sebaliknya, iaitu pihak pihak institusi atau pengelola zakat tidak dibenarkan untuk melabur zakat yang dipungut.

....bersambung

No comments: