Monday, May 18, 2009

ADAB GURU

Tugas guru amat terpuji. Ia sepatutnya menjadi idaman kalangan cerdik pandai. Namun harus dingat, apabila kita memilih untuk menjadi seorang guru, maka dengan sendirinya kita telah sanggup menerima banyak bebanan.
Bebanan itu bukan setakat mendidik dan memperbetulkan pelajar kita, tetapi apa yang lebih utama daripada itu ialah untuk mendidik dan memperbetulkan diri kita sediri. Di dalam kitab Bidayatul Hidayah, Imam al-Ghazali memberi beberapa nasihat kepada para guru. Kata beliau, jika engkau seorang guru, maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini. Antara adab itu ialah :
  • Ihtimal yakni banyak sabar menanggung kesusahan.
  • Lambat marah.
  • Meninggalkan takabbur atas semua hamba Allah kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
  • Memilih tawadhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
  • Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
  • Tidak memarahi murid yang bodoh.
  • Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
  • Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
  • Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
  • Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

3 comments:

Mr. Azuar said...

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah saya telah mendapat LOA dari IPS via post. Bapak Dr. Zahri Bin Hamat adalah Co-Supervisor saya di dalam LOA tersebut. Mohon bimbingan dari Bapak sebagai Supervisor/Guru saya. Sebab saya belum faham apa-apa.

Wassalam,
Azuar Juliandi
UMSU-Medan

DR. ZAHRI HAMAT said...

Assalamualaikum wr. wb,

Sebenarnya kita sama-sama belajar. Saya kira dengan bimbingan dari Dr Fadzila Azni sebagai Penyelia Utama, Insya Allah, ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Wassalam

antu said...

doakan saya menjadi guru yg baik ye doc