Thursday, April 30, 2009

E-FILING

Tepat jam 12.01 malam ini, 30 April 2009, maka berakhirlah untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan. Untuk individu yang punca pendapatan daripada penggajian, ia dikenali sebagai borang BE. Kelewatan menghantar borang BE ini boleh dikenakan penalti minimum RM50.00 dan boleh mencecah RM3,000.00 (sek 112(3), ACP 1967).

Kelewatan menghantar borang BE ini sepatutnya tidak akan menimbulkan sebarang isu. Ini kerana dengan e-filing, borang BE boleh dihantar dengan amat mudah dan cepat. Ia boleh dibuat di rumah atau di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri sendiri.

Bak disebut dalam iklan bulan perkhidmatan pembayar cukai - cukai di hujung jari anda.

Dengan Sistem Taksir Sendiri (STS), pembayar cukai secara sukarela mengisytiharkan pendapatan dan pelbagai pelepasan yang dibenarkan. Kejujuran amat diperlukan.
Kesilapan yang disengajakan semasa mengisi e-filing mesti dielakkan. Ini kerana di bawah seksyen 113(1) ACP 1967, individu dengan sengaja meninggal atau menyatakan kurang apa-apa pendapatan atau memberi maklumat tidak betul, akan dikenakan penalti tidak kurang daripada RM1000.00 atau tidak melebihi RM10,000.00 dan dikehendakki membayar penalti khas sebanyak dua kali ganda dari cukai yang terkurang. Jika dikenakan di bawah seksyen 113(3) ACP 1967, lagi berat.

Untuk melihat secara detail kesalahan, penalti dan kompoun, sila layari web ini
http://www.hasil.gov.my/melayu/bm_NO4_6.asp

Pembayar cukai tertakluk kepada auditan cukai. Ini akan membawa kepada kes penyisatan. Rangka kerja penyiasatan cukai boleh di layari di laman web ini http://www.hasil.org.my/melayu/pdf/RKPC.pdf

No comments: