Sunday, September 14, 2008

PENDAPATAN, KEKAYAAN DAN ZAKAT

Ketika mengutuskan Muadh b. Jabal ke Yaman, Rasulullah SAW berpesan kepada beliau yang bermaksud: “Ajaklah mereka bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Aku adalah utusan Allah, jika mereka mentaatinya maka hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memwajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Maka jika mereka mentaatinya, hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memwajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang kaya dan dikembalikankan kepada orang miskin dalam kalangan mereka”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan Hadis dia atas, rumusan berikut dapat dibuat. Pertama, zakat adalah rukun Islam ketiga selepas syahadah dan solat. Kedua, kaedah pelaksanaan zakat, iaitu dengan mengambil kekayaan daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan miskin. Ketiga, zakat itu sebenarnya mengembalikan hak golongan miskin daripada kekayaan golongan kaya.

Hadis ini mempamerkan bahawa zakat diwajibkan ke atas setiap kekayaan yang dimilik oleh orang Islam. Dengan kata lain, sesiapa saja yang termasuk di dalam golongan kaya, mereka perlu membayar zakat.

Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kekayaan yang diwajibkan zakat? Adakah zakat diwajibkan ke atas hanya kekayaan sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW? Bagaimanakah pula dengan pelbagai kekayaan yang terdapat pada zaman ini?

Hal ini memerlukan satu penilaian semula terhadap kaedah perakaunan zakat yang sedang diamalkan kerana terdapat pelbagai kekayaan yang sedang dan akan dimiliki oleh orang Islam.
....bersambung

No comments: