Thursday, September 25, 2008

KELESTARIAN FIQH DALAM PERAKAUNAN ZAKAT

Zakat harta kekayaan boleh dikenakan sama ada ke atas pendapatan ataupun kekayaan itu sendiri. Justeru kekayaan yang berupa harta-harta tetap yang tidak digunakan atau didiami akan dikenakan zakat. Dengan kata lain, hanya aset tetap yang menjadi keperluan saja yang dikecualikan zakat. Ia adalah sebuah sebuah rumah dan kenderaan yang betul-betul diperlu dan digunakan. Harta-harta tetap itu dikecualikan daripada zakat. Rumah-rumah lain yang melebihi keperluan mereka adalah diwajibkan zakat.

Begitu juga dengan kekayaan lain seperti tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan. Ia tidak terkecuali daripada zakat.

Hal ini sebenarnya tidak konsisten dengan aplikasi kaedah perakaunan zakat perhiasan wanita yang sedang diamalkan. Semua perhiasan wanita yang dipakai dikecualikan zakat sekiranya tidak melebihi daripada uruf. Uruf ialah kadar biasa yang dipakai sebagai perhiasaan mengikut taraf dan kedudukan masyarakat. Sekiranya ia melebihi daripada kadar biasa mengikut pandangan masyarakat dan keadaan setempat, maka ia dikenakan zakat ke atas yang lebih daripada uruf.

Justeru kaedah yang sama sepatutnya dipakai dalam menilai semula pendapatan dan kekayaan yang diwajibkan zakat. Ini dengan sendirinya akan mempamerkan betapa peranan dana zakat akan sentiasa relevan. Ia tidak terbatas dengan sesuatu tempoh waktu dan sesuatu tempat.

Ini mempamerkan betapa kelestarian fiqh dalam Islam sentiasa berlaku. Justeru sebarang perubahan dalam perakaunan zakat akan terus berlaku sesuai dengan keperluan semasa dan keadaan setempat. Hal ini akan lebih terserlah apabila adanya pendapatan baru yang diperoleh atau kekayaan baru yang ditemui.

No comments: